Ghaib Ep. 1-10 (2019)

Pelakon: Shukri Yahaya, Elizad Sharifuddin, Eyka Farhana, Neera Azizi, Chacko Vadaketh, Joanna Bessey,

Penulis skrip: Siti Solehah, Aida Aida

Pengarah: Ng Ken Kin

Mimie, Jessica, Nina and Suzi memasuki terowong malam itu. Mereka menyeru roh yang menghuni terowong itu. Jessica yang mulanya tidak senang dengan rancangan itu mula merasa resah. Di hujung telinga kedengaran suara perempuan mengilai, masing - masing mula cuak dan takut. Tiba - tiba hantu Mona muncul di belakang Mimie tiada badan hanya kepala dan lilin terpadam. Mereka berlari keluar dari terowong dan kemudian mereka tersedar Mimie tidak bersama mereka. Detektif Riza dan Sarjan Anita diarahkan untuk menyiasat kehilangan Mimie namun tidak percaya dengan teori Hantu Mona. Setiap inci terowong itu diperiksa dengan teliti tetapi tidak membawa apa - apa hasil. Mimie masih belum ditemui dan tiada siapa yang membuat tuntutan wang tebusan. Jessica pula pengsan di asrama kerana ternampak Hantu Mona tanpa badan.